Penduduk terkejut apabila melihat ‘keranda terbang’ sehingga tular di media sosial apabila rakaman video berkenaan tersebar.
Memetik laporan Suara.com, ia merupakan sebuah layang-layang yang berbentuk seakan keranda sedang terbang di udara.
![penduduk kecoh terjumpa ‘keranda terbang’ di udara](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/a4_22.jpg)
Namun, warganet menyelidik dan melihat layang-layang itu bertali dan bukanlah keranda sebenar.
Rata-rata warganet mengakui layang-layang itu kelihatan persis keranda sebenar yang boleh dikaitkan dengan kisah mistik di Indonesia.
“Tidak terlintas bahawa ia adalah layang-layang kerana bentuknya sama seperti keranda jenazah sebenar,” komen seorang warganet.
![penduduk kecoh terjumpa ‘keranda terbang’ di udara](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/a5_34.jpg)
Malah, sesetengah warganet berpendapat video sebegini bukanlah satu perkara yang boleh dijadikan gurauan dan boleh menimbulkan fitnah terhadap individu tersebut.
Sumber: Suara.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.