Semalam kita dikejutkan dengan berita empat mangsa yang mengalami keracunan karbon monoksida, hingga mengakibatkan tiga daripada mereka meninggal dunia.
Gas karbon monoksida (CO) adalah sejenis gas yang tidak berwarna, berbau dan toksik kepada manusia serta haiwan apabila ia berada dalam kepekatan tinggi.
Gas ini terhasil apabila jumlah oksigen tidak mencukupi untuk menghasilkan karbon dioksida (CO2), seperti ketika mengendalikan dapur gas atau enjin pembakaran dalaman dalam ruang tertutup. Lebih membahayakan, kuantiti gas ini boleh meningkat dalam persekitaran yang tertutup.
Antara gejala-gejala keracunan gas karbon monoksida adalah seperti:
- Sakit kepala
- Mual
- Pening
- Muntah
- Sakit dada
- Susah bernafas
- Kekeliruan
- Sawan
- Tidak sedar diri (koma)
Malahan, mereka yang tidur boleh mati akibat dari keracunan karbon monoksida tanpa mengalami sebarang gejala.
Bagi mengelakkan keracunan gas karbon monoksida, adalah diingatkan bahawa:
- Buka tingkap apabila memasak
- Kerap menyelenggarakan enjin kereta
- Menyelenggarakan peralatan pembakaran bahan api
- Menyelenggarakan relau (furnace)
- Pasangkan kipas ekzos di dapur atau di bangsal kereta (garaj) yang tertutup
Jangan berada atau tidur dalam kereta dan kenderaan bermotor dengan enjin yang hidup, serta tidak mengubahsuai ekzos kenderaan dan pastikan ada aliran udara yang baik khasnya ditempat yang tertutup.
Dapatkan pemeriksaan lanjut sekiranya anda mengesyaki terdapat kebocoran gas karbon monoksida ditempat anda.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.