Manusia kebiasaanya menghabiskan 1/3 daripada hari mereka dengan tidur. Apa sahaja yang berlaku masa tidur, sering menjadi tanda tanya, seperti kejadian mimpi. Selain itu, pernah tak kita perasan yang kita tak pernah bersin masa sedang tidur?
Ketika sedang tidur, sebahagian daripada bahagian otak sedang berehat. Bahagian otak yang sedang berehat ini bertindak balas terhadap sebahagian rangsangan. Salah satu daripada rangsangan ini adalah bersin.
Untuk ‘menghidup’ kan rangsangan terhadap bersin ketika tidur, ia memerlukan masa untuk mengaktifkan bahagian otak yang sedang berehat ini. Jadi, mungkin kita boleh bersin ketika tidur sekiranya rangsangan ini aktif.
Selain itu, ketika sedang berjaga, cahaya lampu juga boleh menyebabkan bersin. Ini dikenali sebagai photic sneezing reflex, dan hanya berlaku kepada 18 hingga 35% populasi manusia.
Rujukan:
1. "A Moment of Science: Sleep On, Sneeze Not“. Retrieved 2008-11-14.
2. “Solar Sneeze Reflex“. Western Journal of Medicine 146 (5): 20. 1 May 1987. PMC 1307391.
Watanabe M, Maemura K, Kanbara K, Tamayama T, Hayasaki H (2002). “GABA and GABA receptors in the central nervous system and other organs”. Int. Rev. Cytol.. International Review of Cytology 213: 1–47.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.