Semua tahu bahawa nyamuk suka menghisap darah manusia dan haiwan, tetapi perasan tak ada sesetengah orang lebih senang di ‘serang’ nyamuk berbanding orang lain?
Dipetik daripada TIME, Dr Jonathan Day daripada Universiti Florida, merumuskan sebab kenapa nyamuk suka kepada orang tertentu, dan tidak pada sesetengah orang lain.
- Jenis Darah
Mereka yang mempunyai darah O lebih senang digigit nyamuk berbanding mereka yang mempunyai darah A.
- Wanita Mengandung
Wanita mengandung dan mereka yang obes lebih mudah digigit nyamuk kerana golongan ini mempunyai kadar metabolisma yang tinggi. Tambah lagi, golongan ini menghasilkan lebih gas karbon dioksida, menyebabkan nyamuk suka akan mereka.
- Baju Hitam dan Gelap
Mereka yang memakai pakaian gelap seperti hitam lebih mudah digigit nyamuk.
- Orang Dewasa
Berbanding dengan kanak-kanak, orang dewasa lebih mudah digigit nyamuk kerana saiz mereka yang lebih besar.
- Masa Senja dan Awal Pagi
Nyamuk lebih aktif pada waktu-waktu ini kerana ketika ini kurangnya angin bertiup, menyebabkan nyamuk senang untuk terbang mencari mangsa.
Sumber: TIME
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.