Setiap kali hendak menukar siaran televisyen dan kita dapati alat kawalan jauh atau remote tidak berfungsi, perkara pertama yang akan kita buat adalah mengetuk belakang remote berulang kali.
Ajaibnya, remote TV kembali normal dan boleh berfungsi dengan baik.
Kenapa ini terjadi?
Menerusi sedikit penerangan sains oleh Science ABC, terdapat satu lapisan oksida pada terminal bateri yang terdapat dalam remote TV, selepas bateri diletakkan pada satu tempoh masa. Lapisan oksida nipis yang terbentuk pada terminal bateri ini menyebabkan remote TV tidak berfungsi dengan baik.
Selepas dikenakan sedikit daya, lapisan oksida pada bateri ini tertanggal, menyebabkan arus pada bateri mengalir ke dalam remote, dan remote TV kembali normal.
Sumber:
- Wikipedia
- Wiktionary
- Science ABC
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.