Selepas hampir sebulan filem Avengers: Endgame ditayangkan dipawagam seluruh dunia, penulis skrip, Christoper Markus menjelaskan sebab mengapa Captain America menyerahkan perisainya kepada Sam (Falcon), dan bukan kepada rakan karibnya, Bucky.
”Sukar untuk menyerahkan perisai itu kepada Bucky. Walaupun ramai orang menyukainya, Bucky sebenarnya pernah berada di jalan hitam dan dia masih dalam proses ‘pembersihan’.
”Manakala Sam seorang insan yang benar-benar hebat. Tidak susah untuk kami memilihnya. Kami fikir, Bucky mempunyai lebih banyak cerita terutamanya sebagai lelaki dalam perjalanan menebus dosanya dan Sam lebih sesuai untuk membawa watak baru dalam Marvel,” katanya.
Menurut Markus lagi, Bucky sebelum ini pernah mempunyai sejarah mindanya boleh dikawal oleh individu berniat jahat, membuatkan risiko yang lebih besar sekiranya dia dilantik sebagai Captain Amerika yang seterusnya.
”Bucky masih lagi berperang dengan masa silamnya. Manakala Captain America sentiasa membawa idea Amerika yang terbaik. Jadi menyerahkan mantel Captain America kepada seorang lelaki berketurunan Afrika-Amerika adalah satu idea yang hebat.
”Kami tidak mahu menoleh kebelakang lagi, jadi ini adalah yang terbaik,”katanya.
Sumber: Comicbook
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.