Sejak malam semalam tular video seorang lelaki dilihat membelasah dan menyamun seorang wanita dalam lif Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras.
Kejadian yang berlaku pada jam 6.45 pagi pada hari Khamis lalu menunjukkan suspek berada dalam lif bersama mangsa yang berusia 48 tahun.
Dipetik dari Awani, mangsa mengalami bengkak di dahi dan juga kehilangan wang tunai serta dokumen peribadi.
"Polis telah merakam percakapan seramai tiga saksi dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Sumber: Awani / Malaysia One News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.