Mulai 1 Januari 2022, denda akan dikenakan kepada pelanggan yang tidak memulangkan atau mengemas meja mereka di medan selera atau kedai kopi di Singapura.
Memetik laporan agensi berita Channel NewsAsia, pihaknya melaporkan perkara tersebut dengan memetik kenyataan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA).
Penguatkuasaan di pusat penjaja, yang diumumkan Mei tahun lalu, sudahpun dimulakan, dengan pesalah kali pertama akan menerima amaran bertulis manakala pesalah kali kedua berdepan denda S$300 (RM925).
Bagi kesalahan seterusnya, pesalah boleh berdepan denda mahkamah.
Poster dan kain rentang yang mengingatkan orang ramai tentang peraturan itu juga dipasang untuk perhatian umum.
Pengusaha kedai kopi dan medan selera juga diingatkan menyediakan infrastruktur pemulangan dulang makanan yang sewajarnya.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.