Corak pada jari setiap manusia yang berbeza-beza bukan sahaja boleh membezakan antara manusia di dunia ini, malah ia berfungsi sebagai cengkaman jika kita memegang sesuatu.
Namun bagi empat keturunan dalam keluarga Apu Sarker, mereka tidak mempunyai cap jari seperti manusia lain, disebabkan masalah genetik yang dialami mereka.
Apu, 22, tinggal bersama keluarganya disebuah kampung dekat utara Rajshahi, Bangladesh. Beliau kini bekerja sebagai pembantu perubatan, sementara bapa dan atuknya adalah pekebun.
Beliau pada mulanya menyangka, ketiadaan cap jari adalah satu perkara remeh dan tidak mendatangkan masalah, namun semakin dia membesar, ia memberi kesan kepada kehidupannya, seperti membuat pengenalan diri dan juga pasport.
Kad pengenalan diri Apu juga berbeza dengan warganegara lain kerana masalah tidak mempunyai cap jari, dan dia terpaksa menggunakan cap jari dengan cop ‘TIADA CAP JARI’ diatasnya.
Masalah yang dialami Apu dan beberapa ahli keluarganya yang lain dikenali sebagai Adermatoglyphia.
Masalah ini pertama kali ditemui oleh Peter Itin, seorang pakar kulit pada tahun 2007 selepas merawat seorang wanita berusia dua puluhan yang mengalami masalah memasuki Amerika Syarikat kerana tidak mempunyai cap jari.
Sehingga kini, masalah yang amat jarang berlaku ini masih tiada rawatan khas yang membolehkan individu itu mempunyai cap jari.
Sumber: BBC
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.