Sebuah sekolah di wilayah Henan, Beijing, China, membenarkan hanya pelajar cemerlang sahaja yang menggunakan kelas yang selesa dan mempunyai penghawa dingin.
Sekolah berkenaan menetapkan dua kelas senior yang mendapat gred cemerlang boleh guna kelas terbabit, manakala pelajar lain terpaksa berpanas dalam kelas biasa. Jika ada kelas yang memasang aircond secara senyap-senyap, ia akan diputuskan sambungan.
Tindakan itu mencetuskan perbalahan pada pengguna Internet sambil menyifatkan sekolah terbabit sebagai berat sebelah.
Namun, ada juga yang menyokong tindakan sekolah itu sambil berkata; “Semua kelas di sekolah menengah di tempat saya mempunyai pendingin udara, kerana beberapa pelajar cemerlang berjaya memasuki universiti berprestij tahun lalu.
“Disebabkan itu, sekolah menerima penajaan untuk memasang pendingin udara di seluruh sekolah, manakala guru turut menerima 100,000 yuan (RM60, 668.57) sebagai bonus.
“Hasil layanan khas untuk pelajar cemerlang, pelajar lain juga mampu menumpang nikmat.”
Pelajar di negara China akan menghadapi peperiksaan besar iaitu Gaokao, sebuah peperiksaan kemasukan kolej yang diadakan setahun sekali bermula 7 Jun depan.
Sumber: Nextshark
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.