Pemain bolasepak kebangsaan, Akhyar Rashid, dikatakan telah menarik minat sebuah kelab dari Liga Perdana Belarus, iaitu BATE Borisov.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Football Agent – Malaysia menerusi laman facebook mereka.
Akhyar Rashid yang dilahirkan di Kedah dan kini bermain untuk kelab JDT, diletakkan tanda harga RM12 juta bagi mana-mana pasukan yang ingin mendapatkannya.
Jika Akhyar terpilih untuk pasukan BATE Borisov ini, beliau akan menjadi pemain Malaysia pertama yang bermain dipentas Liga Europa atau saingan elit, Liga Juara-Juara UEFA pada musim 2019/2020.
Foto: JOHOR Southern Tigers
Sumber: FOX Sports
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.