Seorang wanita dari Toronto, Kanada mengalami kecederaan parah di hidung selepas diserang bekas teman lelakinya.
Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Allyson Danylko, 24, mendakwa pada mulanya dia bersama teman lelaki telah bergaduh dalam bilik air.
Pergaduhan itu berpunca gara-gara teman lelakinya itu cemburu mengenai perancangannya untuk bercuti ke Costa Rica tanpa membawa dirinya.
"Dia tidak mahu saya turut serta dalam percutian itu. Dia bertindak melampau apabila menggigit hidung saya hingga putus.
"Hidung saya berdarah tetapi saya berjaya melepaskan diri dan mendapatkan bantuan daripada jiran. Polis datang dan akhirnya saya dibawa menaiki ambulans," katanya.
Wanita berkenaan juga percaya hidungnya yang digigit itu telah ditelan, ataupun dibuang ke dalam tandas.
Beliau juga akan menjalani pembedahan rekonstruktif bagi membaiki hidung menggunakan kulit pada bahagian telinga, pada Mac hadapan.
Bekas kekasihnya itu juga telah ditahan oleh pihak berkuasa.
Sumber: Metro UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.