Awal pagi semalam menyaksikan pertembungan antara Chelsea dan Manchester City bagi merebut Piala Carabao. Perlawanan ditentukan hingga penentuan sepakan penalti.
Chelsea yang mempunyai penjaga gol termahal di dunia, Keppa Arizabalaga telah diarahkan untuk keluar oleh pengurus beliau Maurizio Sarri pada minit ke-29 masa tambahan, dan akan ditukarkan dengan penjaga gol simpanan Willy Caballero, namun Keppa membantah arahan terbabit.
Keppa menyatakan beliau masih cergas untuk meneruskan perlawanan. Pengurus dan pembantu Chelsea nampak berang dengan tindakan Keppa, menyebabkan Chelsea tewas kepada Manchester City menerusi penentuan sepakan penalti.
Sumber: Sky Sport
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.