Perairan Teluk Mexico dekat Semenanjung Yucata diselubungi ‘mata api’ selepas saluran paip gas bawah laut bocor sehingga api merebak ke permukaan laut pada hujung minggu lalu.
Kejadian ini berlaku beberapa meter dari pelantar minyak syarikat milik kerajaan Mexico, Pemex dan ia mencetuskan kebakaran besar berbentuk bulat.
Saluran paip bawah laut milik Pemex yang pecah menjadi punca kebakaran.
Api bermula dari saluran paip bawah laut yang menghubungkan kepada pelantar minyak luar pesisir utama Pemex, Ku Maloob Zaap yang terletak di selatan Teluk Mexico.
Malah, kebocoran gas menyebabkan api marak pada jarak 150 meter dari pelantar kira-kira pukul 5.15 pagi (waktu tempatan), sehingga memaksa Pemex menutup injap saluran paipnya.
Beberapa bot pemadam api dihantar dan para pekerja menggunakan nitrogen untuk memadam kebakaran itu.
Lebih lima jam insiden berlaku, kebocoran gas dan kebakaran dapat dikawal sebelum operasi kembali normal.
Namun, tiada sebarang laporan kecederaan dan insiden itu tidak memberikan kesan kepada kerja-kerja di lapangan.
Sumber: CNN
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.