Adakah anda perasan setiap kali waktu tengahhari, badan anda akan merasa mengantuk dan letih?
Keadaan ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana pada waktu ini, suhu badan akan berkurangan dan hormon melatonin akan meningkat. Ini menjadi punca kenapa anda akan merasa mengantuk pada waktu tengahhari.
Penyelesaiannya adalah dengan membuat power nap. Power nap adalah keadaan bila seseorang tidur sebentar selama 20 minit pada waktu tengahhari bertujuan bagi:
1. Mengurangkan stress
2. Meningkatkan tenaga
3. Membuatkan diri rasa lebih segar
4. Memperbaiki mood
5. Meningkatkan prestasi kerja
6. Menguatkan memori.
Kebaikkan power nap ini telah digunakan oleh syarikat antarabangsa seperti Google, Nike, NASA dan Air Asia dengan menyediakan ruang untuk pekerja mereka membuat power nap.
Namun begitu, jika seseorang itu mempunyai kesukaran untuk tidur pada waktu malam, power nap adalah tidak disarankan kerana ini akan membuatkan individu itu bertambah sukar untuk tidur pada malam hari.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.