Setiap hari khususnya menjelang hari perayaan, kita sering mendengar tentang terjadinya tragedi kemalangan jalan raya.
Menurut statistik, daerah Batu Pahat di Johor merupakan antara daerah dan kawasan yang mencatatkan kemalangan paling tinggi bagi tempoh 2015 hingga 2017. Daerah Johor Bahru dan Kluang juga antara daerah yang kedua dan ketiga terbanyak kes kemalangan di Johor.
"Kita tahu ada beberapa daerah yang saban tahun mencapai tempat lima tertinggi kadar kemalangan jalan raya. Umpamanya salah satu daerah yang hampir setiap tahun dia Top 5 ialah di Batu Pahat. Ini satu daerah yang saya tahu bahawa memang kadar kemalangannya tinggi walaupun dia punya penduduk tak ramai.
"Di Kuala Lumpur (dan) di bandar-bandar besar, kita tahu ramai orang, (dan) sebenarnya di Kuala Lumpur kadar kemalangan tak setinggi mana berbanding bandar-bandar lain walaupun kenderaan banyak," kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Selain itu, negeri Selangor dan Perak juga antara negeri yang mencatatkan rekod kemalangan paling tinggi setiap tahun.
Bagi Selangor, daerah Kajang mencatatkan rekod tertinggi iaitu 347, diikuti Klang Selatan (270), dan Kuala Selangor (260). Manakala untuk negeri Perak, daerah Ipoh, Manjong dan Hilir Perak masing-masing mencatatkan kematian tertinggi bagi tempoh 2015-2017.
Sumber: Bernama / Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.