Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

‘Karen’ Didakwa Ulang Kesalahan Sama Tidak Pakai Pelitup Muka, Polis Buka Kertas Siasatan

‘Karen’ buat hal lagi ke?
Muhammad Izwan Zainal
18 Nov 2021, 12:21 PM

‘Minah Salleh’ yang menjadi bualan warganet akibat melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka di tempat awam didakwa melakukan kesalahan sama.

Menerusi ciapan di laman Twitter, gambar itu jelas menunjukkan wanita tersebut tidak memakai pelitup muka sambil berjalan di sekitar taman pusat beli-belah tersebut.

‘karen’ didakwa ulang kesalahan sama tidak pakai pelitup muka, polis buka kertas siasatan

Pengguna laman Twitter @AdibahOj meluahkan rasa kesalnya sebagai rakyat Malaysia yang mematuhi SOP yang telah ditetapkan tetapi sesetengah individu seperti wanita warga asing ini yang tidak mahu mengikuti undang-undang sedia ada.

“Maaf saya betul-betul marah sebab isu ini bukan mereka sahaj malah saya ternampak ada juga beberapa warga asing yang tidak pakai mask.

“Setahu saya taman ini memang tempat beriadah tetapi mereka tidak berpakaian sukan jika mahu membuka mask seketika ketika beriadah,” katanya ketika dihubungi ERA.

Malah, Adibah juga mahu untuk pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka atau mana-mana sahaja individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Bagi saya tidak adil bagi mereka kerana kita, saya sebagai rakyat mematuhi undang-undang yang ditetapkan,” ujarnya.

‘karen’ didakwa ulang kesalahan sama tidak pakai pelitup muka, polis buka kertas siasatan

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Siasatan sedang dijalankan dan seterusnya kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Justeru, orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa dan tindakan di bawah peruntukan undang-undang akan diambil jika berlaku ketidakpatuhan,” katanya.

Wanita warga asing itu kembali menjadi perhatian warganet apabila mengulangi kesalahan yang sama dengan tidak mengenakan pelitup muka di taman sebuah pusat beli-belah terkemuka ibu negara.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}