Sejak beberapa minggu lalu, tular dilaman sosial video sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang didapati lusuh dan masih digunakan oleh seorang lelaki di atas sebuah jalan raya.
Kereta tersebut yang dilihat berada di bahu jalan Kilometer 15 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di Gombak pada hari Jumaat lalu, kini telah disita.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superitendan Arshad Kamaruddin berkata, pihaknya telah menerima maklumat berhubung kereta itu pada jam 10 pagi.
Menurut pemeriksaan, kereta tersebut telah tamat cukai jalan sejak September lalu, dan pemandunya berusia 75 tahun juga tidak mempunyai lesen memandu.
Dilaporkan kereta yang dikenali sebagai ‘Kancil Lejen’ itu milik kepunyaan ahli keluarga berkenaan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.