Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Kanak-Kanak Beri Peluang ‘Kawal’ Ibu Bapa Mereka? ‘Take CTRL’ Buat Penonton Teruja Banyak Aksi Mendebarkan

Uishhh boleh macam tu ya?
Muhammad Izwan Zainal
11 Feb 2022, 05:00 PM

Take CTRL, siri asli komedi keluarga tempatan oleh Astro, dengan kerjasama Graph Studios, diketuai oleh pengarah Derrik Yaw mengisahkan tentang Sky dan Ramunah, adik-beradik yang dikawal ketat oleh ibu bapa mereka, sehingga mereka terjumpa permainan video kawalan minda.

Malah, kanak-kanak ini kemudian mengalami peranan mereka dan ibu bapa yang ditukar. 

Siri ini dibintangi pelakon filem tempatan popular Shaheizy Sam (Papa), bersama Hana Nadira (Mama), Faiz Najib (Sky) dan Sry Khairudin (Ramunah), sebagai penampilan sulung buat ketiga-tiga pelakon utama dalam siri TV.

kanak-kanak  beri peluang ‘kawal’ ibu bapa mereka? ‘take ctrl’ buat penonton teruja banyak aksi mendebarkan

Pelanggan juga boleh menantikan barisan bakat tempatan majmuk yang ditampilkan dalam siri dwibahasa ini termasuk Gabriel Pountney, Rika Adrina, Marianne Tan, Farid Azmeir, Phoon Chi Ho, Prakash Daniel berserta kameo istimewa pencipta kandungan tempatan yang popular, Jenn Chia dan Jin Lim (Jinnyboy).

Menurut Farah Fauzana, Ketua Perniagaan Kanak-Kanak, Astro, berkata, “Bersama-sama dengan TIME Internet, kami teruja untuk mempersembahkan siri asli berkualiti tinggi yang menawarkan pengembaraan permainan epik, jalan cerita, babak lucu, pengajaran kehidupan positif dan yang paling pentingnya, maksud sebenarnya sebuah keluarga.

“Kami berharap pelanggan menikmati siri asli pertama kami, Take CTRL, dan kami juga ingin bekerjasama dengan lebih ramai pencipta kandungan untuk lebih kandungan idea asli yang lebih dekat dengan keluarga Malaysia,” katanya.

kanak-kanak  beri peluang ‘kawal’ ibu bapa mereka? ‘take ctrl’ buat penonton teruja banyak aksi mendebarkan

Tambah Derrik Yaw selaku Pengarah, Take CTRL, berkata, “Saya berharap rancangan ini dapat mengubah beberapa stereotaip siri TV tempatan yang dipegang oleh penonton tempatan. Kami mempunyai kisah keluarga tempatan yang hebat untuk diceritakan, dengan konflik dan hubungan keluarga yang sangat berkaitan.

“Kami memerlukan penceritaan yang lebih jujur terutamanya untuk siri TV remaja. Penonton boleh menjangkakan lakonan hebat daripada barisan pelakon berbakat, jalan ceritaan yang penuh dengan komedi yang bijak dan juga mencuit hati, dan keseronokan untuk seluruh keluarga,” ujarnya.

Take CTRL, sebuah siri 6 episod, mempersembahkan konsep unik yang meneroka dua dunia: dunia sebenar; dan dunia maya, yang diselitkan dengan pelbagai elemen permainan yang boleh dikaitkan dengan generasi muda.

Selain itu, ibu bapa juga boleh menggambarkan perjuangan ‘Papa’ dan ‘Mama’ yang cuba untuk mengimbangi kehidupan sebagai ibu bapa yang periang, juga berdisiplin membesarkan anak-anak mereka dalam dunia digital.

Siri ini juga merupakan pengeluaran tempatan pertama yang menggunakan 'Unreal Engine', teknologi penciptaan 3D masa-nyata termaju semasa penggambarannya.

Hubungan cinta-benci dan kekeluargaan antara kanak-kanak dan ibu bapa, serta cara mereka berdamai antara satu sama lain dalam dunia digital diselitkan dalam siri  ini.

Selaras dengan slogan "with control, comes chaos", anak-anak akhirnya belajar bahawa mengawal tidak semudah yang disangka, dan sentiasa ada akibatnya.

Take CTRL ditaja oleh TIME Internet. Pelanggan Astro boleh menikmati episod baharu Take CTRL pada 9 malam, setiap Sabtu di TA-DAA! (Saluran 612), Astro GO atau On Demand.
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}