Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut dibelasah rakannya di sebuah kompleks rumah anak yatim dan miskin di Kuantan, Pahang.
Mangsa yang juga penghuni sebuah rumah anak yatim difahamkan telah disepak, dicekik dan dihempas ke lantai sehingga tidak sedarkan diri akibat disyaki mengambil duit sebanyak RM4.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan siasatan awal mendapati mangsa telah dibawa tiga pelajar lain juga penghuni asrama berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri ke rumah penyelia asrama.
Namun, penyelia asrama pada mulanya mengesyaki mangsa mengalami sawan dan membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia dan pengadu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Susulan itu, seorang pelajar berumur 16 tahun ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk proses bedah siasat dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.