Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tidak memiliki sijil lahir lagi disebabkan nama diberikan terlalu panjang.
Kanak-kanak bernama Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta itu masih belum mempunyai sebarang dokumen kelahiran yang sah.
Berasal dari Desa Ngujur, daerah Bancar, Arif Akbar, 29 dan Suci Nur Aisyiah, 26, yang merupakan ibu dan bapa kepada kanak-kanak itu mengeluh kerana tidak dapat sijil kelahiran anaknya.
Biarpun sudah beberapa kali untuk mendaftar nama anaknya itu, dia masih tidak dapat sebarang sijil kelahiran disebabkan pilihan nama yang panjang.
“Sudah beberapa kali saya pergi ke pejabat pendaftaran kelahiran,” kata Arif.
Tambahnya, ada juga kes yang sama di daerah lain tetapi pejabat pendaftaran tetap memberikan anak mereka sijil lahir.
Sumber: Detik.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.