Pemandu bas menyedari terlanggar ‘sesuatu’ rupanya seorang kanak-kanak didapati di bawah bas berkenaan.
Kejadian berlaku apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun empat bulan mengekori kakaknya keluar dari rumah menuju ke bas di hadapan rumahnya di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 12.15 tengah hari ketika kakaknya menaiki bas sekolah.
“Kakak mangsa tidak menyedari yang adiknya itu mengekorinya yang ingin menaiki bas... apabila bas bergerak mangsa didapati berada di bawah bas berkenaan.
“Mangsa telah dibawa keluar dari bawah bas oleh kakaknya dan telah mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian di badan,” katanya.
Tambahnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Salak di Sepang dan disahkan meninggal dunia.
“Mangsa telah di hantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya menambah kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.