Sebuah sekolah di kaki gunung Alps kini mempunyai kurang 4,000 orang pelajar didaftarkan, dan 15 ekor kambing adalah antara pelajar tersebut.
Ia berikutan usaha menyelamatkan kelas disekolah terbabit daripada ditutup.
Terdahulu, pihak berkuasa tempatan mengumumkan rancangan untuk menutup salah satu daripada 11 kelas disekolah berkenaan kerana kurangnya pelajar. Disebabkan itu, seorang pengembala tampil membantu dengan mendaftarkan beberapa ekor kambing miliknya.
Pengembala, Michel Girerd, datang ke sekolah dengan hampir 50 ekor kambing, hanya 15 daripadanya didaftarkan secara rasmi selepas mengemukakan sijil kelahiran masing-masing.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.