Selepas jerebu yang melanda Kalimantan dan Sumatera yang juga mengakibatkan masalah serupa kepada Malaysia, kini hujan sudah mulai dilaporkan turun sejak malam tadi.
Hujan yang turun dibeberapa kawasan di wilayah Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan telah mengurangkan jumlah titik panas.
Dipetik dari Awani, jumlah titik panas pada hari ini berkurangan kepada 1,744 berbanding 3,150 pada dua hari lepas.
Sementara itu, pihak berkuasa di negara itu juga dilaporkan telah menahan 323 suspek yang dipercayai terbabit dalam pembakaran hutan sekaligus mengakibatkan masalah jerebu.
Terdahulu, provinsi Riau telah mengistiharkan darurat jerebu selepas IPU dikawasan ini mencecah 500.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.