Kredit gambar utama: Pexels
Bila mula je musim bola sepak, barulah kelihatan peminat fanatik bola sepak. Diorang ni bukan sekadar tau nama pasukan bertanding, ayam tambatan dan latar belakang pemain tetapi diorang ni boleh ramal pasukan mana yang bakal menang berdasarkan kekuatan pemain serta jurulatih. Memang power!
Korang yang mengaku peminat tegar bola sepak tu, belum cukup padu kalau takde ciri-ciri ni.
#1 Mata Panda
Kalau ada perlawanan bola sepak tidak kisahlah apa jua Piala, seperti Piala Negara, Piala Sumbangsih atau Piala Kampung Pisang sekali pun, mesti nak lepak dengan kawan-kawan sampai lewat malam. Paling tidak pun, korang akan strim setiap perlawanan dan layan sampai pagi. Hanya RM1 gais, korang dapat strim 1GB dengan semua aplikasi untuk 2 jam. Bila dah tak cukup tidur ni, esoknya haruslah pergi kerja atau sekolah dengan mata panda.
#2 Makan Tak Kira Masa
Kredit: Pexels
Tak payah susah-susah berdiet. Setiap kali korang tonton perlawanan bola sepak, pola pemakanan korang sure terjejas. Makan banyak pun tak terasa kenyang bila fikiran sarat dengan macam-macam emosi; marah, gembira, sedih dan teruja dalam satu masa. Inilah masa paling sesuai untuk korang anjurkan parti bola di rumah. Telefon rakan-rakan, pacak projektor, sambungkan guna telefon dan strim perlawanan. Tak mahal pun, hanya RM1 untuk 1GB. Happening beb!
#3 Kekasih Terabai
Kredit: Pexels
Ini kes terpencil tapi tak mustahil terjadi. Bila korang dah start layan perlawanan penting dan sangat berapi, memang susah nak toleh ke kiri dan kanan. Tengah mandi teringat bola, tidur pun teringat bola, makan pun sama. Sampai lupa kekasih di rumah sebelah! Jangan jadi begini! Korang boleh buat panggilan video dengan kekasih hati sepanjang perlawanan bola, boleh strim perlawanan dengan semua aplikasi serendah RM1 je. Semua hal boleh kawtim!
#4 Dah Boleh Hafal Nama Pelayan Kedai
Kredit: Malaysian Insight
Pergi kedai mamak tak panggil Anney atau Macha dah. Dah boleh hafal nama Singgam, Karipalai, Raj, Kaala dan sebagainya. Kedai mamak ni dah jadi macam rumah kedua untuk layan perlawanan bola sepak yang gah dan besar. Kalau kata nak set lepak dengan kawan-kawan, siap boleh buat Video FB Live selamba 90 minit tunjuk kawan-kawan yang tak lepak sekali. Kita kasi diorang rasa berapi. Kerana dengan Internet Cili Padi, korang boleh strim setiap perlawanan dengan semua aplikasi hanya RM1 (1GB) untuk 2 jam.
Apa tunggu lagi? Berapikan musim bola sepak ni dengan Internet Cili Padi. Hanya RM1 = 1GB untuk 2 jam. Korang sure tak terlepas setiap perlawanan! Boleh strim je dengan semua aplikasi di mana jua pada hanya RM1. #JomInternet dengan Digi Prepaid LiVE.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.