Baru-baru ini, tular sebuah gambar apabila seorang pengguna media sosial berkongsi harga sayur kailan ikan masin berharga RM18 bagi satu hidangan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang tampil membuat tindakan lanjut dan mahu pemilik restoran tersebut memberi penjelasan tentang isu itu dalam masa dua hari.
Menurut kenyataan, pihak KPDNHEP telah bertemu dengan pemilik restoran di Kepala Batas sebaik aduan mengenai dakwaan harga hidangan yang terlalu mahal dan tidak memenuhi standard ditetapkan mengikut harga.
“Satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) diberikan kepada pemilik restoran dan peniaga perlu memberi maklum balas berhubung harga tersebut dalam tempoh dua hari bekerja sebelum sebarang tindakan lanjut diambil,” katanya.
Isu ini tular di media sosial sehingga meraih tumpuan warganet mengenai hidangan sayur tersebut yang tidak setara dengan harga yang dikenakan.
Malah, gambar resit berkenaan turut memaparkan lauk ikan jenahak berharga RM90, sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5) dengan nilai keseluruhan RM122.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.