Seorang wanita membuat keputusan yang tidak masuk akal dengan mengahwini 2 ekor kucing miliknya. Gara-gara terlalu kecewa dengan percintaan bersama lelaki, Barbarella Buchner kini memiliki Spider dan Lugosi sebagai peneman akhir hayatnya.
Barbarella sebelum ini pernah dikecewakan kekasih yang sudah bersamanya selama 7 tahun dan kenangan pahit itu sekaligus mengubah pendiriannya untuk melakukan perbuatan yang tidak masuk akal iaitu dengan mengahwini kucing..
Barbarella membayar RM120 untuk majlis perkahwinannya bersama 2 kucing kesayangan. Jelas Barbarella, kucingnya membantu memulihkan keadaanya yang teruk dikecewakan.
Barbarella, seorang pereka laman web ini turut berkata bahawa dia juga tidak akan mengahwini kucing lain lagi sekiranya 2 kucing yang dikahwini itu mati.
Sumber: Cari
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.