Dalam usaha membendung penularan COVID-19, antara langkah paling penting adalah mengenal pasti pesakit yang dijangkiti dengan secepat mungkin, supaya mereka boleh diasingkan daripada orang lain dan diberikan rawatan sewajarnya.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka yang mahu menjalani ujian pengesanan COVID-19 di mana-mana fasiliti kesihatan kerajaan perlu membuat bayaran, seperti yang tertakluk dalam Peraturan 3 dibawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan penyakit Berjangkit (Fi bagi Ujian Pengesanan COVID-19) 2020.
Kadar bayaran yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Bagaimanapun, terdapat segelintir kategori individu yang dikecualikan daripada dikenakan bayaran pengesanan COVID-19 di fasiliti kesihatan kerajaan, iaitu:
- Penjawat awam yang menjalankan tugas rasmi di dalam dan luar negara.
- Warganegara dan bukan warganegara yang disyaki positif COVID-19.
- Warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19.
- Penduduk di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
- Individu dibawah survelan bagi penyakit seperti influenza like illness (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk/Severe Acute Respiratory Illness (SARI).
- Pengembara dari luar negara yang mendapat pengecualian bayaran ujian pengesanan COVID-19.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.