Kredit gambar utama Shutterstock
Ramai yang merungut harga barangan semakin naik, pendapatan sedia ada juga sekadar cukup makan, sudah berada pada paras hidung sehinggakan hampir lemas jika tidak dirancang dengan baik.
Salah satu cara untuk merancang kewangan tentunya dengan menggunakan Kad Mesra PETRONAS untuk transaksi minyak dan pembelian barangan di Kedai Mesra . Iyalah, banyak kebaikan yang boleh diperoleh dengan kad ini. Selain boleh berjimat, banyak ganjaran menanti anda. Memang berbaloi! Kami senaraikan 5 sebab mengapa anda perlu menjadi sebahagian pengguna kad ini.
#1 Mata Ganjaran Berganda-Ganda
Alangkah indahnya jika setiap sen yang dibelanjakan memberi kita ganjaran. Bukan satu atau dua yang dimaksudkan, tetapi TIGA KALI GANDA mata ganjaran diberikan!
Ini bukanlah 'cobaan' tetapi kenyataan. Pemegang Kad Mesra PETRONAS menerima tiga kali mata ganjaran untuk setiap satu liter bahan api PETRONAS termasuk PETRONAS Primax 95, PETRONAS Primax 97, PETRONAS Dynamic Diesel dan PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive. Pendek kata, untuk setiap pembelian minyak 225 liter anda dapat berjimat RM6.75!
#2 Tebus Mata Ganjaran Dengan Lebih Cepat
Dengan 3 kali mata ganjaran, kini anda boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran dengan lebih cepat! Mata ganjaran boleh ditebus untuk untuk pembelian minyak atau barangan lain di lebih 1,000 stesen dan 750 Kedai Mesra.
#3 Pendaftaran Yang Mudah Dan Percuma
Mudah untuk memohon kad, mudah untuk digunakan dan mudah untuk menebus ganjaran. Anda hanya perlu menghantar SMS untuk mendaftar kad dan penebusan juga boleh dilakukan di lebih 1,000 stesen PETRONAS secara terus di pam!
Apa tunggu lagi? Jom dapatkan Kad Mesra PETRONAS anda hari ini! Yang sudah mendaftar tu, jangan lupa guna kad anda setiap kali mengisi minyak. Jadilah pengguna bijak!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.