Seorang jutawan di Jepun akan menghadiahkan AS$9 juta atau kira-kira RM37 juta kepada pengikutnya di Twitter yang dipilih secara rawak bermula 1 Januari lalu.
Yusaku Maezawa berkata, bayaran ini dibuat adalah bagi melihat sama ada bayaran itu mampu meningkatkan kebahagiaan mereka.
"Ia adalah eksperimen sosial yang serius. Saya harap ia dapat menarik minat ahli akademik dan ekonomi," katanya dalam video pendek disiarkan di saluran YouTube miliknya.
Maezawa juga merupakan antara penumpang yang dipilih untuk terbang mengelilingi bulan dengan SpaceX milik Elon Musk.
Selain itu, beliau juga menjadi perhatian media selepas mengumumkan berpisah bersama teman wanita iaitu seorang pelakon, Ayame Goriki yang mempunyai hampir tujuh juta pengikut di Twitter.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.