Baru-baru ini, tular kes seorang pelakon yang mendakwa jururawat daripada sebuah hospital enggan menukar cadar emaknya yang sedang mendapatkan rawatan daripada hospital berkenaan.
Ekoran daripada kes ini, Delegasi Jururawat Malaysia (DON) telah memfailkan saman pertama kalinya terhadap orang awam.
Dipetik daripada Facebook DON, saman berkenaan bertujuan bagi memberi teladan kepada pihak yang terlibat serta ingin menjaga nama baik kejururawatan yang terlalu banyak dibuli di media sosial.
DON menerusi satu kenyataan di FB mereka berkata;
“Berikutan dari kes viral yang disebarkan oleh seorang artis tempatan terhadap jururawat, terdapat jururawat yang kami dapati telah difitnah oleh artis tersebut tanpa sebarang bukti kukuh. Kami telahpun berhubung dengan mangsa fitnah dan bersetuju untuk membantu beliau membersihkan namanya.
Jururawat terbabit juga sudah membuat laporan polis dan segala bukti telah di simpan. Artis berkenaan telah menuduh jururawat tersebut mengugut beliau dan memuat naik gambar tertuduh (Jururawat) di akaun Instagramnya sedangkan tiada ugutan dibuat. Mangsa (jururawat) telah menerima kecaman dan ugutan selepas di viralkan tanpa bukti oleh artis berkenaan.”
Selepas ini kalau ada yang tak puas hati dengan tugas seseorang, eloklah kiranya bertanya mereka dan berbincang elok-elok, daripada terus memuatnaik dimedia sosial.
Sumber: FB Delegasi Jururawat Malaysia // Remaja
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.