Kes pertama jangkitan Covid-19 mula direkodkan pada Disember 2019, selepas Wuhan melaporkan 59 penyakit misteri radang paru-paru dan pernafasan.
Kini selepas hampir 2 bulan penyakit ini merebak ke seluruh dunia, jumlah kematian akibat jangkitan ini mencecah 2,128 pesakit, dengan lebih 75 ribu kes dilaporkan positif kepada lebih 25 negara seluruh dunia.
Daripada jumlah itu, China mencatatkan kes positif seramai 74,577 orang dengan 2,118 daripadanya meninggal dunia.
Dalam pada itu, Malaysia mencatatkan 22 kes positif Covid-19 dengan 15 kes telah dilaporkan pulih, manakala 7 kes lagi masih menerima rawatan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.