Jumlah korban akibat wabak koronavirus di wilayah Hubei, China terus meningkat kepada 492 kematian setakat ini.
Ia berikutan 65 lagi kematian direkodkan semalam, seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Wilayah Hubei.
Dalam pada itu, 3,156 kes terbaru direkodkan di wilayah berkenaan, menjadikan 16.678 kes hanya di wilayah Hubei.
Setakat ini, jumlah keseluruhan 24,553 kes dilaporkan seluruh dunia di 28 negara berbeza.
Dalam perkembangan lain, satu kes positif koronavirus di Malaysia telah dilaporkan pulih, melibatkan seorang kanak-kanak dari China.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.