Malam tadi berakhir perlawanan antara juara Piala FA 2018, Manchester City menentang naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Liverpool, dalam saingan merebut Perisai Komuniti 2019.
Pasukan bimbingan Pep Guardiola telah membuka jaringan menerusi jaringan Raheem Sterling seawal minit ke-12’
Perlawanan bersambung pada separuh masa kedua dengan menyaksikan kedua-dua pasukan melakukan percubaan tepat ke gawang gol, namun Joel Matip telah berjaya menjaringkan gol penyamaan buat pasukan Liverpool pada minit ke-77.
Minit-minit akhir perlawanan, penyerang Liverpool, Mohamed Salah hampir menjaringkan gol kemenangan, namun berjaya dinafikan menerusi tendangan gunting oleh Kyle Walker dipintu gawang Manchester City.
Perlawanan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti dengan menyaksikan pasukan Manchester City berjaya memenangi Perisai Komuniti dengan jaringan 5-4.
Berikut pula adalah senarai pemenang Perisai Komuniti terdahulu sejak ia diadakan di stadium baru Wembley pada 2007:
2007 Man Utd 1-1 Chelsea
(Man Utd menang penentuan penalti 3-0)
2008 Man Utd 0-0 Portsmouth
(Man Utd menang penentuan penalti 3-1)
2009 Chelsea 2-2 Man Utd
(Chelsea menang penentuan penalti 4-1)
2010 Man Utd 3-1 Chelsea
2011 Man Utd 3-2 Man City
2012 Man City 3-2 Chelsea
2013 Man Utd 2-0 Wigan
2014 Arsenal 3-0 Man City
2015 Arsenal 1-0 Chelsea
2016 Man Utd 2-1 Leicester
2017 Arsenal 1-1 Chelsea
(Arsenal menang penentuan penalti 4-1)
Tahniah buat pasukan Manchester City!
Kredit foto: The Telegraph
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.