Wabak COVID-19 nyata telah mengubah kehidupan kita hari ini, sehingga ada yang terpaksa mencari pekerjaan lain kerana faktor ekonomi.
Selain itu, bidang pengajian juga telah berubah dengan pengenalan kelas secara atas talian bagi membolehkan pelajar meneruskan proses pembelajaran dari jarak jauh.
Cumanya, masalah ini timbul kepada mereka yang tidak mempunyai akses secara atas talian dan juga kekurangan gajet seperti komputer dan telefon pintar.
Begitulah kisahnya seorang bapa di Himachal Pradesh, India apabila beliau sanggup menjual seekor lembu kesayangannya demi pendidikan anak.
Bapa yang kesempitan hidup itu terpaksa menjual haiwan berkenaan untuk membelikan telefon pintar buat dua orang anaknya menyertai kelas secara dalam talian.
Kuldip Kumar berkata, dua anaknya menghadapi kesukaran selepas sekolah ditutup sejak Mac lalu.
Beliau pernah cuba membuat permohonan bagi meminjam wang, namun permohonannya ditolak sehingga memaksa beliau menjual satu-satunya harta yang ada iaitu lembu perliharaan, demi membelikan sebuah telefon pintar.
Sumber: India Time
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.