Kontinjen negara di Paralimpik Tokyo 2020 sekali lagi menjadi tumpuan setelah memperoleh pingat kedua negara bagi temasya itu.
Atlet para negara, Jong Yee Khie berjaya memenangi pingat perak di acara angkat berat bagi kategori 107 kilogram (kg), sebentar tadi.
Beliau mencatat tempat kedua apabila mengakhiri dengan angkatan seberat 237 kilogram (kg) manakala Enkhbayar Sodnompiljee, atlet dari Mongolia merangkul tempat pertama dan Razi Saman, atlet dari Iran di tempat ketiga.
Skuad angkat berat negara pastinya melihat pencapaian cukup bermakna selari dengan kejayaan yang diraih Bonnie tempoh hari dengan pingat emas.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.