JoHaRa Pagi ERA berpeluang menemubual beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berjaya meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia.
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berkongsi pengalaman bersama Johan, Haniff dan Ray ketika berada dalam saingan dengan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, pada Sabtu.
Ray sempat bertanya persiapan dan persediaan beregu lelaki negara itu semasa menghadapi perlawanan untuk meraih pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui agak tertekan dan gemuruh untuk menentang jaguh Indonesia tersebut kerana ia adalah penentuan pingat bagi temasya sukan terbesar khususnya sukan badminton.
“Kami memang nervous lah dan tertekan juga nak lawan kan menang pingat pula tu untuk first olimpik kami.
“Sebab kami pun memang berharap kan masa tu untuk sumbang pingat bagi Malaysia sebab tu sikit pressure tapi happy lah,” katanya.
Beregu lelaki ini juga sedikit bimbang apabila jaguh beregu Indonesia ini mendahului mata daripada mereka pada permulaan permainan.
“Mula-mula risau lah sebab mereka leading tapi kami fikir mau buat yang terbaik, jangan give up terus juang,” ujarnya.
JoHaRa turut mengikuti perlawanan bagi semua aksi atlit Malaysia dan tetap menyokong mereka semua.
Malah, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bersyukur dan berterima kasih akan sokongan yang diberikan rakyat Malaysia untuk Olimpik Tokyo 2020 kali ini biarpun berdepan pelbagai cabaran bertanding ketika pandemik COVID-19.
Ikuti temubual penuh JoHaRa bersama Aaron Chia-Soh Wooi Yik di YouTube rasmi ERA.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.