Seorang wanita mengakui tidak tahan dengan perangai jirannya yang biadab apabila tindakan gemar melempar najis kanak-kanak dan anjing ke arah rumahnya.
Menerusi perkongsian di laman TikTok, wanita tersebut mendedahkan tindakan tidak bermoral jirannya itu dilakukan setiap hari.
Malah, video itu memaparkan jirannya itu sedang mengaut najis anjing di halaman rumahnya sebelum dilemparkan ke arah rumah wanita berkenaan.
“Jiran dari neraka,” tulisnya.
Video itu tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
Namun, wanita itu juga menegaskan individu tidak bertanggungjawab itu juga turut melemparkan najis ke arah rumah-rumah yang lain.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.