Baru-baru ini satu pengguna Twitter berkongsi tips menjimatkan ruangan bagasi dalam mengemas barang untuk pergi melancong, terutama ke tempat-tempat yang beriklim sejuk. Selalunya kita akan bawa baju-baju sejuk yang memakan banyak ruang.
Bagi mereka yang ingin berjimat dalam melancong, ruangan bagasi adalah sesuatu yang terhad. Akaun ini mengesyorkan penggunaan plastik simpanan vakum di mana angin akan disedut keluar menjadikan baju-baju sejuk yang kembang indah bagai bunga di pagi hari itu menjadi nipis dan mudah untuk disimpan.
Namun begitu, tahukah anda terdapat beberapa risiko yang datang bersama menyimpan baju dengan cara ini?
Pertama sekali, baju anda akan kedut seribu. Oleh kerana sedutan vakum ini menjadikan baju tersebut padat dan seolah-oleh tertekan, kesan kedut yang nyata akan timbul pada baju. Hal ini dikesan oleh pengguna-pengguna lain yang membalas tweet tersebut.
Selain itu, tidak semua jenis kain boleh disimpan dengan cara ini sebenarnya. Dengan menyedut udara daripada baju-baju ini anda sebenarnya memberi tekanan kepada fiber-fiber baju tersebut. Selepas dikeluarkan daripada pek vakum tersebut, fiber-fiber ini memerlukan masa untuk kembali kepada keadaan asal.
Berikut adalah jenis fabrik yang anda perlu berhati-hati sekiranya ingin menyimpan menggunakan kaedah vakum ini.
- Fiber semula jadi seperti bulu dan benang biri-biri
- Pakaian yang terkembang seperti kot musim sejuk dan ‘sleeping bag’
- Pakaian berasaskan kulit.
Walaubagaimanapun, risiko ini hanya akan timbul sekiranya anda menyimpan item pakaian ini dalam jangka masa yang panjang.
Sumber: Twitter/ Storage Vault
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.