Ekoran daripada jerebu yang masih melanda negara, Kementerian Sumber Manusia menyarankan majikan supaya membenarkan pekerja menjalankan tugasan masing-masing dari rumah.
Menurut Kementerian itu, adalah menjadi tanggungjawab utama majikan dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.
"Adalah penting majikan untuk menjalankan penilaian risiko dan melaksanakan langkah-langkah yang sewajarnya termasuk menentukan keperluan untuk datang bekerja, bagi memastikan risiko yang dikenal pasti dapat dikurangkan," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah lagi, majikan juga digalakkan melaksanakan dasar bekerja fleksibel seperti membenarkan pekerja menjalankan tugasan dari rumah sekiranya keadaan menjadi berbahaya kepada kesihatan mereka.
"Undang-undang perburuhan di Malaysia tidak melarang majikan daripada menentukan tempat pekerjaan selain daripada yang dinyatakan dalam kontrak pekerjaan seperti rumah pekerja, bergantung kepada keadaan tertentu seperti jerebu atau banjir, sebagai langkah sementara sehingga keadaan kembali selamat," menurut kenyataan itu lagi.
Sumber: Kosmo!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.