Jerebu yang melanda negara sejak seminggu lalu kini dilihat berkurang sedikit bagi beberapa kawasan negeri di Semenanjung, khususnya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Setakat jam 8 pagi tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Balik Pulau (105), Cheras (154), Putrajaya (137) dan Kuala Terengganu (106).
Namun berbeza pula keadaannya di Sri Aman, Sarawak kerana bacaan IPU dilokasi ini kini mencecah bacaan bahaya iaitu 402, berbanding 206 pada Khamis (19 September 2019).
Menjengah ke ruangan Twitter, tandapagar #TerimaKasihIndonesia dilihat menjadi trending sejak malam semalam dengan mesej-mesej penuh sarkastik netizen.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.