Anda biasa dengan meme table flip ini?:
Sebuah pusat membeli belah di Jepun, Iwata Perfecture menganjurkan Kejohanan Dunia Chabudai-Gaeshi Dunia kali ke-12, atau lebih dikenali sebagai kejohanan ‘table flip’ dunia pada 16 Jun lalu.
Sama seperti namanya, peserta dikehendaki melambungkan meja yang diletakkan seekor ikan plastik dalam sebuah pinggan. Pemenang dikira berdasarkan ikan yang paling jauh berjaya di ‘flip’ kan.
Pertandingan yang dianjurkan setiap tahun itu sudah masuk tahun ke-12 dianjurkan, dan disertai sehingga lebih daripada 37 peserta lelaki dan wanita seluruh dunia.
Untuk rekod, tahun lalu, jarak paling jauh direkodkan adalah sejauh 8.92 meter.
Sumber: SoraNews24
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.