Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Jemaah Haji, Kumpulan Pertama Tiba Di Tanah Air

Seramai 280 orang kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 9.30 malam tadi.
ifara_wahid
25 Jun 2024, 06:42 PM

Lands-P-1.png

Seramai 280 orang kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 9.30 malam tadi.

Ketibaan mereka disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar; Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman.

Kumpulan berkenaan terdiri daripada jemaah Kedah dan Kelantan, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada 6.40 pagi (waktu Arab Saudi) hari yang sama menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines.

“Operasi haji tahun ini, berjalan dengan lancar dan dapat dilaksanakan dengan tertib dan jayanya walaupun menghadapi beberapa keadaan yang amat mencabar seperti keadaan cuaca panas terik”, ujar Na’im.

Tambah Na’im, komitmen dan kesungguhan yang dipamerkan TH dalam mengendalikan operasi haji tahun ini mendapat pengiktirafan oleh Kerajaan Arab Saudi melalui Anugerah Labbaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan, buat kali ketiga berturut-turut.

Bermula 24 Jun, sebanyak 100 penerbangan sewa khas disediakan oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines, bagi membawa kesemua jemaah haji pulang ke tanah air manakala penerbangan terakhir dijadualkan pada 20 Julai ini.

 

Sumber: Astro Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us