Siapa je yang tak kenal dengan minuman coklat malt ikonik telah menambat hati rakyat Malaysia sejak tahun 1950 ini iaitu MILO® ?
Pada tahun ini, MILO® telah meraikan sambutan ulang tahun ke-70 di Malaysia sempena musim Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
Mengimbas perjalanan 70 tahun ini, MILO® telah mengadakan jelajah yang dikenali sebagai , Konvoi Kebaikan MILO®, yang mana juga akan mempamerkan rekaan van-van MILO® vintaj sejak dari tahun 1950-an sehinggalah kepada reka bentuk van MILO® terkini, bermula sekarang sehingga 4 Oktober.
Oh bukan tu je, air MILO® sejuk percuma juga buat pengunjung yang hadir, sama macam zaman sekolah dulu!
Jelajah konvoi ini kini sedang membuat persinggahan sementara di Pekan MILO®, iaitu roadshow di Sunway Pyramid yang dilancarkan hari ini sehingga 6 September. Banyak juga aktiviti menarik menanti pengunjung di Pekan MILO® ni tau!
Selain itu, MILO® juga mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk berkongsi cerita atau kenangan indah mereka bersama MILO® menerusi Cerita MILO® Saya di ERA. Penyertaan yang paling kreatif berpeluang memenangi tin MILO® vintaj edisi terhad. Checkout laman web ERA sekarang!
Dan jangan lupa untuk layari www.milo.com.my untuk mengetahui rentetan kisah-kisah menarik yang telah membentuk sejarah serta kebaikan MILO® selama 70 tahun serta share jom pengalaman MILO® 70 Tahun di Malaysia korang dekat media sosial dengan hashtag #MILO70Tahun.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.