Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling comel di dunia kerana perwatakannya yang manja dan gelagatnya yang mencuit hati. Namun korang pernah tertanya-tanya kenapa kucing mempunyai misai dan apakah kepentingannya. Geram betul kalau nampak misai kucing pendek, dipotong oleh orang yang tak bertanggungjawab.
Misai kucing dikenali sebagai ‘vibrissae’ yang merupakan bulu yang sangat sensitive terhadap getaran dan bertindak sebagai reflex yang sangat pantas. Ini kerana setiap misai disambungkan kepada reseptor deria yang dipanggil proprioceptor. Proprioceptor ini sangat sensitive terhadap getaran dan membantu kucing bertindak mengejar mangsa.
Penglihatan kucing sangat teruk lagi-lagi kalau jarak yang dekat, that’s why misai membantu kucing mengesan halangan yang terdapat dihadapan ketika berjalan. Panjang misai adalah lebih kurang dengan panjang lebar kucing itu. Tanpa misai kucing mungkin tak dpaat berorentasi dan bergerak dengan sempurna. Sukar untuk kucing mengesan objek objek di sekitarnya.
Keguguran misai adalah sesuatu yang normal tetapi keguguran yang berlebihan boleh menjadi kepada masalah kesihatan seperti luka dan tompok kering. Misai membuatkan kucing memahami persekitarannya dengan lebih baik.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: iluminasi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.