Cemas dan panik! Itu perasaan yang dapat digambarkan seorang pelancong apabila terkandas di atas jambatan kaca di Gunung Piyan, Longjing, China ketika angin kuat berlaku.
Menurut sumber, angin kuat berlaku secara tiba-tiba dengan dituruni hujan batu yang mengakibatkan kerosakan pada kepingan kaca jambatan tersebut setinggi 330 kaki itu.
Gambarnya itu tular di media sosial yang sedang kelihatan cuba menyelamatkan dirinya dengan berpaut pada penghalang jambatan tersebut.
Pasukan keselamatan bertindak pantas menyelamatkan individu itu yang merangkak ke tebing jambatan dan terus dikejarkan ke hospital.
Ramai warganet bimbang akan keselamatan tarikan pelancong itu yang boleh mendatangkan bahaya kepada nyawa mereka.
Sumber: india.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.