Sebuah jamban mewah dilengkapi ciri kalis peluru dan bertatahkan 40 ribu butir belian telah ditunjukkan kepada umum pada sebuah pameran ekspo perdagangan di Shanghai.
Jamban ini bukanlah satu jamban yang biasa kerana ia mempunyai nilai kira-kira £ 999,497 (RM 5,329,813.00) !
Dihasilkan oleh Coronet yang juga jenama syarikat barangan perhiasan Hong Kong, jamban berkenaan mempunyai 40.815 butir berlian dengan berat 334.68 karat.
Menurut pengasas jenama tersebut, Aaron Shum berkata, beliau berasa berat hati mahu menjual jamban itu kepada orang ramai, namun enggan mendedahkan bahawa produk tersebut telah menarik mana-mana pembeli setakat ini.
Terdahulu, Aaron Shum juga pernah menghasilkan sebuah gitar yang dihiasi dengan berlian seberat 400 karat yang dianggarkan bernilai 1.5 juta Pound sterling (RM 8 juta), dan juga sepasang kasut tumit tinggi yang dihiasi dengan 10,000 butir berlian merah jambu yang dianggarkan bernilai 3.3 juta Pound sterling (RM 17.5 juta).
Kaya sungguh!
Sumber: Daily Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.