Pengguna motosikal disarankan agar tidak memakai pakaian seperti jaket yang terlalu labuh sehingga keparas bawah motosikal.
Ini berikutan dengan satu video yang dimuatnaik oleh Fatin Khalidah di Facebook yang menunjukkan insiden seorang pengguna motosikal terbabit dalam kemalangan selepas jaket yang dipakai olehnya terbelit dalam tayar.
Insiden berkenaan terjadi pada 30 September lalu kira-kira jam 10.58 pagi, menunjukkan penunggang motosikal ini terjatuh namun sempat diselamatkan oleh orang ramai tidak lama kemudian.
Mangsa dilaporkan telah dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah dikongsi lebih 1.3 ribu share dengan lebih 250 ribu tontonan di Facebook.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.