Sejumlah penduduk di Parung, Bogor dekat Jakarta telah dihukum memasuki ambulan berisi keranda kerana tidak memakai topeng pada Khamis, 3 September 2020.
"Ini adalah untuk memberi pengajaran kepada pelanggar arahan Pembatasan Sosial Skala Besar (PSBB) di Kabupaten Bogor," kata Ketua Keselamatan Parung, Yudi Santosa.
Menurutnya, sekurang-kurangnya 8 orang telah dihukum duduk selama beberapa minit berdampingan dengan keranda di dalam ambulans. Ia bertujuan untuk mengingatkan pelanggar bahawa akibat tidak memakai topeng akan mendekatkan mereka dengan risiko kematian di tengah pandemik COVID-19.
"Ia boleh menyebabkan kematiannya sendiri, kerana jika dia terkena COVID-19, lalu menyebarkannya kepada keluarganya dan orang lain. Biarkan mereka merenung di sebelah keranda, ”jelasnya.
Selain duduk berdekatan keranda, ada juga yang dikenakan hukuman berbaring dalam keranda, bagi memberi kesedaran kepada mereka yang ingkar arahan PSBB.
Malah, mereka juga mengusung dan menggunakan replika jenazah di sekitar bandar bagi mengingatkan orang ramai akan bahayanya wabak COVID-19.
Sumber: Suara Jakarta
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.