Adakah anda mempunyai skrin telefon bimbit yang telah retak, dan masih terus menggunakannya kerana menyangka ia tidak mendatangkan masalah?
Dipetik dari laman Facebook Gadis Tudung Litup, seorang lelaki telah menjalani pembedahan untuk membuang isi pada jarinya selepas ia bernanah dan bengkak.
Menurutnya, perlindung skrin pada telefon bimbit lelaki ini telah retak namun beliau tetap menggunakannya untuk bermain permainan video.
Selepas merasa sakit berpanjangan pada jari, lelaki tersebut dikejarkan ke hopsital dan doktor mengesahkan bahawa ia adalah jangkitan. Akibatnya, doktor perlu membuang isi pada jari yang sudah terkena jangkitan.
Sumber: Facebook Gadis Tudung Litup
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.